Monday, September 28, 2009

Video 4 : Prosedur Kimpal Temu


Prosedur bagi kerja kimpal temu adalah tidak jauh bezanya. Apa yan g membezakan antara kimpal temu dan kimpal kumai ialah kimpal temu menggunakan 2 kepingan plat besi untuk ditemukan bersama.

Video 3 : Prosedur Kimpal Kumai




Video ini menunjukkan prosedur bagi melakukan kerja kimpal kumai. Kimpal kumai merupakan kerja kimpalan arka paling asas di mana kerja kimpalan arka hanya dilakukan di atas kepingan plat besi untuk menghasilkan kumai tanpa sebarang penyambungan plat besi yang lain.

Video 2 : Peralatan yang Digunakan Dalam Kerja Kimpalan Arka



Untuk melaksanakan sesuatu kerja bengkel, para pelajar haruslah mengenalpasti peralatan yang digunakan dalam kerja kimpalan arka. Adalah penting untuk mengenalpasti nama serta fungsi bagi setiap peralatan supaya proses kerja tidak terganggu atau tergendala. Antara peralatan yang digunakan ialah,

  1. Mesin Kimpal
  2. Pemegang Elektrod
  3. Elektrod
  4. Pengapit Bumi
  5. Kabel Elektrod
  6. Alat Pembersih seperti Tukul Penyerpih dan Berus Dawai

Video 1 : Peralatan dan Peraturan Keselamatan Kerja Kimpalan Arka



Sebelum kerja kimpalan arka dimulakan, beberapa peraturan keselamatan hendaklah dipatuhi supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Selain itu, peralatan keselamatan juga perlu dikenalpasti dan dipakai dengan betul supaya dapat melindungi diri dari bahaya yang mungkin datang ketika melakukan kerja kimpalan arka. Perlu diingat kepada semua pelajar agar sentiasa mematuhi arahan guru ketika di dalam bengkel dan tidak bergurau senda sewaktu kerja kimpalan arka dijalankan bagi megelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Pelajar juga perlu sentiasa berwaspada serta menjaga kelakuan masing-masing ketika berada di dalam bengkel. Video di atas adalah mengenai peralatan dan peraturan keselamatan asas dalam kerja kimpalan arka.

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tuesday, September 15, 2009

Tinta Penulis..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan buat semua pembaca..Diharapkan semua pembaca sihat dalam meniti hari-hari mendatang..Syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi saya panjatkan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menghasilkan sebuah blog khusus mengenai KIMPALAN ini..

Terima Kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Unit UCiTV dan Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FpTek) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah banyak membantu dalam penghasilan bahan-bahan berteraskan pembelajaran untuk dimaukkan di dalam blog ini.. Sekalung penghargaan juga buat penyelia saya, Tuan Haji Mohd Nor bin Ihkasan kerana telah banyak membantu serta memberi input baru mengenai dunia ICT..Terima kasih juga buat kedua-dua ibu dan ayah, Encik Ghazali bin Rashid dan Puan Kalsom bt Abdul Rahman serta adik beradik kerana telah banyak memberi sokongan yang padu dalam penghasilan blog ini..Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada teman-teman seperjuangan terutamanya Mohd Zaimi bin Nadzri dan Muhammad Hizami bin Jafri kerana telah membantu dalam penghasilan video bagi kimpalan arka..Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga diberikan kepada guru-guru Sekolah Menengah Teknik Taiping, Perak iaitu Cikgu Rosmawati Ahmad, Cikgu M.Hazrul Md Jori dan Cikgu Arbain Abdullah keranatelah memberi kerjasama dalam penghasilan blog ini.

Diharapkan dengan terhasilnya blog ini, dapatlah membantu para guru dan pelajar khususnya yang terlibat dalam bidang KIMPALAN dapat menjadikan blog ini sebagai satu kaedah pembelajaran maya atau pembelajaran luar bilik darjah..

-Sekian-